Kerajaan kaji semula cukai 'durian runtuh' ke atas industri sawit - Fadillah

18 Sep 2023 • 3:27 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Kerajaan kaji semula cukai 'durian runtuh' ke atas industri sawit - Fadillah

azan

18/09/2023 - 15:27

KUALA LUMPUR 18 Sept - Malaysia sedang mengkaji semula cukai durian runtuh sedia ada ke atas industri sawit dan berharap perkara itu dapat diselesaikan pada tahun hadapan.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, syarikat kelapa sawit di Malaysia, pengeluar minyak sawit kedua terbesar di dunia, sebelum ini meminta kerajaan menilai semula kadar cukai dan ambang cukai keuntungan durian runtuh itu.

Malaysia pada masa ini mengenakan levi durian runtuh sebanyak 3% ke atas harga minyak sawit melebihi RM3,000 satu tan di Semenanjung Malaysia dan melebihi RM3,500 satu tan di Sabah dan Sarawak iaitu negeri pengeluar minyak sawit terbesar di negara ini, lapor Reuters.

Fadillah, yang menjawab soalan parlimen mengenai cukai "membebankan" industri tetapi tidak memberikan butiran semakan itu.

Beliau berkata, perkara itu akan dibincangkan bersama Kementerian Kewangan. - DagangNews.com

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved