Kerajaan Kaji Semula Dasar Penyiaran Negara - Fahmi

LocalPolitics
14 Jul 2026 • 9:13 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Kerajaan Kaji Semula Dasar Penyiaran Negara - Fahmi

Kerajaan Kaji Semula Dasar Penyiaran Negara - Fahmi

Kerajaan akan mengkaji semula landskap industri radio menerusi penelitian semula Dasar Penyiaran Negara bagi memastikan sektor itu terus relevan, berdaya saing dan mampu menyesuaikan diri dengan perkembangan teknologi digital.

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil, berkata perkara itu akan dilaksanakan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) selaras dengan Dasar Industri Kreatif Negara serta agenda Majlis Ekonomi Jingga.

Katanya, perkara tersebut antara fokus utama yang dibincangkan dalam sesi libat urus bersama pengurusan serta pemain industri radio tempatan yang diadakan baru-baru ini.

“Sesi ini membuka ruang untuk mendapatkan pandangan, mengenal pasti cabaran serta meneliti cadangan daripada pihak industri bagi memastikan sektor radio terus berkembang,” katanya dalam satu hantaran di Facebook semalam.

Baca juga:

Menurut Fahmi, perbincangan itu turut menyentuh usaha memperkasa kandungan muzik tempatan, meneliti model pelesenan yang lebih bersesuaian serta merangka langkah bagi menjamin kelangsungan industri radio dalam landskap media yang semakin kompetitif.

Beliau berkata, penyesuaian terhadap perubahan teknologi dan perkembangan platform digital turut menjadi antara aspek penting yang diberikan perhatian dalam kajian tersebut.

Ujarnya, kerajaan komited untuk terus bekerjasama rapat dengan pemain industri bagi memastikan radio tempatan kekal relevan dan terus menjadi medium komunikasi yang dekat di hati masyarakat.

“Kerajaan akan terus bekerjasama rapat dengan pemain industri bagi memastikan radio tempatan kekal relevan, berdaya saing dan terus menjadi medium yang dekat di hati rakyat,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved