MB Johor Keluar Kenyataan Isu ‘Network School’ Di Forest City Oleh Pempengaruh Warga Isra*el

LocalPolitics
14 Jul 2026 • 11:51 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Kerajaan Negeri Johor memandang serius kebimbangan orang ramai berhubung operasi Network School di Forest City, Iskandar Puteri, termasuk dakwaan terdapat warga Israel menyertai program berkenaan menggunakan pasport negara kedua.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menegaskan negeri itu tidak akan membenarkan mana-mana pihak menjadikan Johor sebagai tapak untuk membawa ideologi atau gerakan yang bercanggah dengan undang-undang, kedaulatan serta kepentingan negeri dan negara.

Advertisement

Susulan itu, kerajaan negeri meminta Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Imigresen Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan agensi keselamatan berkaitan menjalankan semakan serta siasatan menyeluruh.

nas daily

Siasatan tersebut akan meliputi identiti dan kewarganegaraan individu terlibat, dokumen perjalanan, penggunaan pasport kedua, jenis pas serta tujuan kemasukan mereka ke Malaysia.

Pihak berkuasa juga diminta meneliti sama ada tujuan kemasukan yang dinyatakan selaras dengan aktiviti sebenar yang dijalankan di Forest City.

Dakwaan Berkaitan Network School Tular

Terdahulu, isu Network School menjadi perhatian selepas tular dakwaan mengenai penyertaan warga Israel yang memiliki dua kewarganegaraan dalam program tersebut.

Network School dilaporkan merupakan sebuah komuniti kediaman persendirian dan ruang bekerja bersama berasaskan teknologi yang dilancarkan pada 2024 oleh pelabur teknologi, Balaji Srinivasan. Antara perkara yang turut dipersoalkan di media sosial ialah dakwaan soalan temu duga kepada bakal peserta menyentuh isu Israel, teknologi ketenteraan dan politik. Bagaimanapun, dakwaan berkenaan masih perlu disahkan menerusi siasatan pihak berkuasa.

Onn Hafiz berkata, tindakan tegas perlu diambil tanpa kompromi sekiranya siasatan menemukan sebarang pelanggaran undang-undang, penyalahgunaan pas, pelanggaran syarat lesen atau unsur yang boleh menjejaskan keselamatan negara.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

adik adam2026-07-14 11:20:48

(VIDEO) Baru 10 Tahun Dah Pandai Masak Ketam Cili Api, Si Cilik Ini Dipuji Pandai 'Bawa Diri'

The post MB Johor Keluar Kenyataan Isu ‘Network School’ Di Forest City Oleh Pempengaruh Warga Isra*el first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved