Kerajaan Kaji Untuk Teruskan Royalti Karya Tan Sri P. Ramlee Kepada Warisnya

Entertainment
5 Mar 2023 • 1:19 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kerajaan Malaysia dibawah kepimpinan Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan dua kementerian untuk melihat isu royalti karya-karya untuk artis dan waris Tan Sri P. Ramlee.

image is not available

Memetik laporan FMT News, dua kementerian yang terlibat adalah Kementerian Komunikasi dan Digital serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.

Menteri Komunikasi dan Digital, YB Fahmi Fadzil berkata, perkara itu dibangkitkan ketika mesyuarat kabinet Jumaat lalu, mengakui isu royalti muzik telah menjejaskan ramai pemuzik terutamanya waris Seniman P. Ramlee.

Fahmi akan bertemu Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, YB Salahuddin Ayub minggu ini untuk membincangkan perkara itu dan menubuhkan jawatankuasa untuk meneliti pembayaran royalti dan cara memajukan industri muzik.

Sebelum ini dilaporkan bahawa Sazali Ramlee, anak lelaki P. Ramlee, telah merayu kepada kerajaan untuk melanjutkan tempoh pembayaran royalti untuk kerja bapanya.

image is not available

Kata Sazali, royalti itu merupakan satu-satunya sumber pendapatannya kerana dia tidak dapat bekerja kerana mengalami masalah kesihatan.

Untuk rekod, tempoh pembayaran royalti karya-karya Tan Sri P. Ramlee berakhir pada 29 Mei ini, yang turut menjadi ulang tahun ke-50 kematian seniman tanah air itu.

Di bawah Akta Hak Cipta 1987, warisnya berhak mendapat royalti daripada penggunaan muziknya selama lima dekad.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.