Kerajaan Kekal Iktiraf Tuanku Muhriz Sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan – Anwar Ibrahim

LocalPolitics
5 Jun 2026 • 5:58 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Image from: Kerajaan Kekal Iktiraf Tuanku Muhriz Sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan – Anwar Ibrahim

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Kerajaan Persekutuan menegaskan pendirian untuk kekal mengiktiraf dan terus berkhidmat kepada Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini (5 Jun) berkata pendirian tegas tersebut dibuat mengikut saluran perundangan dan perlembagaan.

Krisis Negeri Sembilan Cetuskan Kebimbangan Ramai

Malah beliau juga mengambil maklum bahawa krisis yang sedang berlaku di Negeri Sembilan telah mencetuskan kebimbangan dalam kalangan banyak pihak.

Jelasnya, institusi diraja mempunyai sistem, adat dan tatacara tersendiri yang wajib dihormati.

Baca Artikel Berkaitan: Pengisytiharan Turunkan Yang Dipertuan Besar Tidak Diiktiraf – MB Negeri Sembilan

Kestabilan Negara Boleh Tergugat Jika Kedudukan Institusi Diraja Terjejas – Anwar

Tambah Anwar dipetik Astro Awani, sebarang tindakan mencabar atau menjejaskan kedudukan institusi Raja-Raja Melayu disifatkan tidak wajar memandangkan ia boleh memberi kesan kepada kestabilan negara.

Baca Artikel Berkaitan: Isu Takhta Negeri Sembilan: Ini Apa Yang Kita Tahu Setakat Ini

Institusi Diraja Ada Adab Yang Perlu Dipatuhi Semua Pihak, Bukan Sekadar Nama – Anwar

Menurutnya, kerajaan Persekutuan juga akan menasihati mana-mana pihak yang tidak menghormati institusi diraja dan mempolitikkan krisis ini untuk kepentingan sendiri.

Hal ini kerana, institusi diraja membawa nilai yang lebih besar daripada sekadar simbol kerana ia melibatkan maruah, kemuliaan dan aturan yang menjadi asas negara sejak dahulu lagi.

“Institusi (diraja) ini bukan sekadar nama, tetapi ada adab dan peraturan yang mesti dipatuhi semua pihak,” jelasnya.

Tunku Nadzaruddin Dimasyhur Yang di-Pertuan Baharu Negeri Sembilan

Terdahulu, media melaporkan Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja’afar telah dimasyhurkan sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12 dalam majlis yang berlangsung di sebuah resort di Melaka, sebentar tadi.

Lapor Berita Harian, pentabalan itu diisytiharkan dalam majlis ringkas oleh Undang Luak Jelebu, Datuk Maarof Mat Rashad yang mewakili Undang Yang Empat.

Baca Artikel Berkaitan: Aminuddin Umum DUN Negeri Sembilan Bubar Jumaat, 5 Jun

Baca Artikel Berkaitan: Krisis N9: Anwar Sudah Menghadap Yang di-Pertuan Besar, Aminuddin Kekal Jalankan Tugas MB

View Original Article