Kerajaan kekal pertahan Perlembagaan - PM

Politics
20 Feb 2024 • 11:30 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Anwar ketika berucap pada Persidangan Antarabangsa Ekonomi dan Kewangan Islam (ICIEF) ke-15 di Sasana Kijang, di sini, pada Selasa.Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pada Selasa kerajaan kukuh mempertahankan kedudukan Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, ia termasuk Perkara 153 yang melibatkan kedudukan istimewa orang Melayu serta kaum bumiptera di Sabah dan Sarawak.

"Kita pertahankan kedudukan Perlembagaan termasuk Perkara 153," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Persidangan Antarabangsa Ekonomi dan Kewangan Islam (ICIEF) ke-15 di Sasana Kijang, di sini, pada Selasa.

Sebelum ini, seorang Ahli Parlimen PKR menggesa Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 (KEB 2024) yang bakal diadakan untuk meneliti jika kedudukan istimewa bumiputera yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan benar-benar memberi manfaat kepada golongan itu.

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim juga mempersoalkan jika dasar afirmastif sebenarnya telah "dirampas dan dimanipulasi" segelintir golongan elit bumiputera. - Awani

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved