Kerajaan tetap pertahan kedudukan Perlembagaan Persekutuan - PM

LocalPolitics
20 Feb 2024 • 11:30 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Anwar ketika berucap pada Persidangan Antarabangsa Ekonomi dan Kewangan Islam (ICIEF) ke-15 di Sasana Kijang, di sini, pada Selasa.Foto Bernama

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Kerajaan akan tetap mempertahan kedudukan dan prinsip Perlembagaan Persekutuan, termasuk kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera yang termaktub dalam Perkara 153.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu telah pun menjadi pegangan kerajaan selama ini.

"Kita tetap pertahankan kedudukan Perlembagaan termasuk (Perkara) 153," katanya ringkas kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Persidangan Antarabangsa Ekonomi dan Kewangan Islam (ICIEF) ke-15 pada Selasa.

Perkara 153 ialah peruntukan mengenai jaminan kedudukan istimewa orang Melayu dan anak-anak negeri, iaitu pribumi Sabah dan Sarawak, juga kepentingan sah kaum lain berwarganegara Malaysia.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan media mengenai kenyataan Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim yang menggesa agar Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 akan datang menilai semula adakah keistimewaan Bumiputera di bawah Perkara 153 benar-benar memberi manfaat kepada golongan itu.

Hassan mempersoalkan dasar afirmatif berkenaan yang didakwanya telah dirampas dan dimanipulasi oleh segolongan elit bumiputera.

KEB 2024 yang dijadualkan berlangsung pada 29 Feb hingga 2 Mac di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) bertujuan mencadangkan hala tuju serta pendekatan baharu agenda pemerkasaan Bumiputera yang lebih adil, saksama dan inklusif. - Bernama

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved