Kerajaan kekal tegas teruskan reformasi Parlimen - PM

Politics
12 Jan 2024 • 6:46 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Datuk Seri Anwar Ibrahim. Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Kerajaan kekal tegas untuk terus memastikan Parlimen bebas daripada kuasa eksekutif menerusi reformasi Parlimen bagi memperkukuh demokrasi berperlembagaan di negara ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar menerusi hantaran di akaun media sosial X pada Jumaat berkata, Kerajaan MADANI juga tegas dalam meningkatkan ketelusan pentadbiran institusi Parlimen.

Beliau berkata, Kerajaan MADANI telah mengorak langkah memulakan agenda reformasi Parlimen dalam sidang Dewan Rakyat pada 2023 dengan mengadakan Sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri, Perbahasan Laporan Ketua Audit Negara, Perbahasan Laporan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia dan penambahbaikan sidang Kamar Khas.

Dalam pada itu, Anwar berkata, beliau telah menerima kunjungan hormat daripada Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar; Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said pada hari ini, bagi bertukar pandangan dan membincangkan agenda terkait cadangan dasar untuk menggubal Rang Undang-Undang Perkhidmatan Parlimen.

"Parlimen merupakan institusi yang penting dalam sesebuah negara dan berfungsi sebagai semak dan imbang terhadap kuasa eksekutif kerajaan,” kata Anwar menerusi hantarannya itu. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved