
Nama ahli komedi, Nigel Ng atau lebih dikenali sebagai Uncle Roger sekali lagi menjadi tumpuan di media antarabangsa kerana lawak yang dibuat olehnya.
Terbaru ini, pihak kerajaan dari Kemboja telah menggesa Uncle Roger untuk membuat permohonan maaf secara terbuka kerana mengatakan makanan dari negara tersebut tak sedap.
Gesaan itu dibuat menerusi satu kenyataan terbuka oleh Kementerian Pelancongan dari negara tersebut di laman Facebook milik mereka.
“Kementerian Pelancongan Kemboja ingin memaklumkan kepada pelancong tempatan dan antarabangsa, sektor swasta dalam industri pelancongan dan orang ramai bahawa kami amat kecewa selepas melihat video yang mengkritik makanan Kemboja di media sosial, video daripada saluran YouTube bernama Nigel Ng yang diterbitkan pada 30 Julai (Ahad).”
Dalam video Uncle Roger, dia menyebut bahawa tidak semua negara Asia Tenggara mempunyai makanan yang enak. Beliau kemudiannya menyenaraikan Laos dan Kemboja antaranya.

“Penilaian daripada individu ini benar-benar menyimpang daripada realiti prestij dan identiti makanan Khmer, ia juga telah menjejaskan pelancongan makanan Kemboja secara serius.”
“Ia adalah hasil usaha Kerajaan Kemboja dan Kementerian Pelancongan untuk mempromosikan pada peringkat antarabangsa yang diiktiraf secara meluas bahawa ‘Kemboja mempunyai Budaya Cantik dan Rasa Unik masakannya’.”
“Sehubungan itu, Kementerian Pelancongan sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkaitan untuk meminta Nigel Ng atau Uncle Roger, yang lahir pada 15 Mac 1991, untuk membuat permohonan maaf secara terbuka kepada rakyat Kemboja dan segera mengedit video yang disiarkan di media sosialnya itu.”
Boleh tengok video penuh disini
Nak melawak mungkin kena berpada-pada, jangan sampai memperlekehkan negara orang.
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.



