Kerajaan kenal pasti ikhtiar baharu pastikan Malaysia destinasi pelaburan, berdaya saing

13 Feb 2025 • 12:07 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

KUALA LUMPUR, 13 FEB: Kerajaan sentiasa mengenal pasti ikhtiar baharu untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan menarik dan berdaya saing, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata antara ikhtiar yang menarik minat pelabur ialah Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) yang mendapat sambutan sangat baik bukan sahaja dari Singapura malah juga negara luar.

“Kemudian, perancangan kita dengan Thailand supaya memastikan negeri utara Semenanjung Malaysia iaitu Perlis, Kedah, Kelantan, dan Terengganu bersama dengan empat wilayah selatan Thailand dibangunkan.

“Kita ada dua mesyuarat, dan 18 Februari ini saya ada satu pertemuan untuk merangka supaya pertumbuhan (di negeri dan wilayah) itu juga berlaku,” katanya pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, Khamis.

Beliau berkata demikian bagi soalan tambahan Syerleena Abdul Rashid (PH-Bukit Bendera) mengenai usaha dan insentif kerajaan dalam meletakkan Malaysia sebagai destinasi pelaburan yang menarik dan berdaya saing.

– BERNAMA

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved