Kerajaan komited terus perbaiki mutu perkhidmatan internet

27 Mar 2023 • 9:37 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Fahmi (kanan) ketika menerima kunjungan hormat wakil Jabatan Komunikasi Korporat dan Jabatan Digital Petronas di pejabatnya pada Isnin. - Foto Facebook Fahmi Fadzil

KUALA LUMPUR - Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, kerajaan melalui kementeriannya komited untuk terus memperbaiki mutu perkhidmatan Internet demi manfaat rakyat di seluruh negara.

Menerusi catatan terkini di laman Facebook sejurus menerima kunjungan hormat wakil Jabatan Komunikasi Korporat dan Jabatan Digital Petronas di pejabatnya pada Isnin, Fahmi berkata, bagi tujuan itu, isu infrastruktur Internet juga akan diberi tumpuan.

Menurut Fahmi, rangkaian Internet stabil dan pantas akan menyenangkan rakyat dan memberi manfaat yang banyak kepada sektor tenaga, minyak dan gas, termasuk Petronas.

"Insya-Allah kita akan terus perbaiki mutu perkhidmatan Internet di Malaysia,” katanya.

Sebelum ini, Fahmi dilaporkan berkata kementerian itu akan terus berusaha mempercepatkan perluasan capaian, serta meningkatkan kelajuan Internet di seluruh negara dengan kini hanya kira-kira tiga peratus kawasan berpenduduk di seluruh negara, masih tidak mempunyai capaian Internet.

Menurut Fahmi, sebanyak 4,363 tapak 5G telah siap dibangunkan di seluruh negara sehingga Februari lalu, menyaksikan capaian Internet telah mencecah 97 peratus untuk kawasan berpenduduk. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved