Kerajaan laksana lima langkah persediaan hadapi El Nino

LocalEnvironment
3 Aug 2026 • 1:30 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Kerajaan laksana lima langkah persediaan hadapi El Nino

KUALA LUMPUR: Operasi Pembenihan Awan (OPA) merupakan antara lima langkah sebagai persediaan dalam menghadapi kemungkinan fenomena El Nino sehingga awal 2027.

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, selain itu langkah mitigasi bagi menjamin sumber air.

“Operasi Pembenihan Awan ini bertujuan meningkatkan potensi hujan bagi menambah paras air empangan, mengurangkan impak kemarau serta membantu menangani episod jerebu.

“Bagi tempoh Februari hingga Jun, sebanyak 35 penerbangan OPA telah dilaksanakan di beberapa lokasi strategik di seluruh negara,” katanya di Dewan Negara, hari ini.

Beliau menjawab Senator Michael Mujah Lihan mengenai langkah-langkah mitigasi dan adaptasi yang telah dirancang oleh kementerian bagi menghadapi impak fenomena El Nino berintensiti kuat.

Mengenai keselamatan makanan, Syed Ibrahim berkata, Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) menjalinkan kerjasama rapat dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dan pelbagai agensi berkaitan.

Katanya, MET Malaysia menyediakan Laporan Analisis dan Tinjauan Meteorologi Pertanian setiap bulan yang mengandungi analisis cuaca serta nasihat meteorologi bagi membantu sektor pertanian.

“Ini bagi merancang jadual penanaman, pengurusan pengairan, penggunaan sumber air dan langkah mitigasi bagi mengurangkan kesan cuaca panas terhadap pengeluaran makanan negara,” katanya.

Tambahnya, Kementerian Kesihatan (KKM) dengan sokongan MET Malaysia akan terus meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kesan cuaca panas terhadap kesihatan melalui pelbagai saluran untuk adaptasi kesihatan awam.

“Di samping itu, aktiviti pendidikan kesihatan turut diperkukuh melalui kerjasama pemimpin masyarakat, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan sukarelawan kesihatan MyCHAMPION (Malaysian Health Community Agent),” katanya.

Dua langkah lain adalah memperkukuh sistem pemantauan, ramalan dan unjuran fenomena El Nino serta memperkasakan sistem amaran awal cuaca dan iklim. – UTUSAN 

The post Kerajaan laksana lima langkah persediaan hadapi El Nino appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved