KPKM perkukuh persediaan hadapi impak El Nino

LocalEnvironment
30 Jul 2026 • 11:47 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: KPKM perkukuh persediaan hadapi impak El Nino

KUALA LUMPUR – Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) melaksanakan pelbagai langkah persediaan bagi mendepani impak fenomena El Nino, sekali gus memperkukuh daya tahan sektor pengeluaran agromakanan negara.

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Chan Foong Hin berkata, ini termasuk membuat penyelenggaraan infrastruktur pengairan dan saliran secara berterusan termasuk parit, tali air dan komponen berkaitan bagi memastikan kelancaran saliran air ke kawasan sawah.

Menurutnya, pada tahun ini, sebanyak RM140 juta diperuntukkan untuk tujuan penyelenggaraan infrastruktur pengairan dan saliran di semua kawasan jelapang dan luar jelapang padi seluruh Malaysia.

“Selain itu, pelaksanaan Sistem Amaran Awal Digital dengan kerjasama Jabatan Meteorologi untuk menyalurkan ramalan cuaca dan amaran awal gelombang haba secara berkala kepada komuniti tani melalui Pertubuhan Peladang Kawasan dan Persatuan Nelayan Kawasan.

“Melaksanakan penjadualan semula aktiviti penanaman padi bagi memastikan penanaman dapat diteruskan dengan mengambil kira ketersediaan sumber air dan keadaan cuaca semasa,” katanya di Dewan Negara hari ini.

Beliau menjawab soalan Senator Tan Sri Low Kian Chuan berhubung langkah kerajaan bagi menjamin keselamatan makanan di Malaysia dalam menghadapi fenomena Super El Nino dalam bulan-bulan akan datang.

Foong Hin berkata, seterusnya melaksanakan sesi libat urus bersama agensi seperti Agensi Pengurusan Bencana Negara, Jabatan Pengairan Saliran, MetMalaysia bagi sokongan pelaksanaan Operasi Pembenihan Awan (OPA).

“Pada tahun 2026, empat OPA telah dilaksanakan di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda iaitu pada 13-14 Februari 2026 (Fasa 1), 6-7 April 2026 (Fasa 2, 10-12 Mei 2026 (Fasa 3) dan 17-19 Mei 2026 (Fasa 4).

“KPKM juga melaksanakan kaedah pengurusan air alternatif dan mampan dalam sistem pengeluaran padi dengan mengoptimumkan kecekapan penggunaan air di peringkat ladang.

“Antara kaedah pengurusan air termasuklah Alternate Wetting and Drying (AWD), System of Rice Intensification (SRI), Mid-season Drainage (MSD) dan kawalan air tanah tepu dan lembap,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post KPKM perkukuh persediaan hadapi impak El Nino appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved