Kerajaan lancar sejahtera MADANI esok - PM Anwar

23/07/2025 - 12:06
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melancarkan inisiatif Sejahtera MADANI esok bagi membasmi kemiskinan tegar di negara ini.
KUALA LUMPUR 23 Julai - Kerajaan akan melancarkan inisiatif Sejahtera MADANI esok sebagai sebahagian daripada usaha berterusan membanteras kemiskinan tegar di negara ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata pelancaran itu merupakan kesinambungan kepada komitmen kerajaan dalam memastikan kumpulan miskin tegar dan miskin, terus dibantu menerusi usaha sama kerajaan dan sektor korporat.
“Ikhtiar Menoktahkan Kemiskinan Tegar, keutamaan saya sejak awal. Hampir 150,000 isi rumah miskin tegar pada 2023 telah keluar daripada kelompok miskin tegar akhir 2024.
“Esok, saya akan meluncurkan Sejahtera MADANI iaitu ikhtiar untuk terus memastikan kumpulan miskin tegar dan miskin dibantu sewajarnya melalui usaha sama kerajaan dan sektor korporat,” kata beliau.
Perdana Menteri berkata demikian ketika mengumumkan penghargaan untuk rakyat Malaysia yang disiarkan secara langsung menerusi semua saluran televisyen utama serta platform media sosial, hari ini. - DagangNews.com
standard


