PM Anwar tepati janji, harga petrol Malaysia ketiga termurah di dunia – Kor Ming

LocalPolitics
23 Jul 2025 • 9:15 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memuji langkah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengumumkan penurunan harga petrol RON95 kepada RM1.99 seliter, sekali gus menjadikan harga bahan api itu antara yang paling rendah di dunia.

Menterinya, Nga Kor Ming berkata pengumuman tersebut bukan sahaja menunaikan janji Perdana Menteri kepada rakyat, malah membuktikan keprihatinan Kerajaan MADANI dalam menangani isu kos sara hidup.

image is not available

“Mewakili warga KPKT, saya ingin mengucap terima kasih PMX atas pengumuman berita baik pagi tadi dan memang kini terbukti janji ditepati.
“Apabila Datuk Seri Anwar kata beliau naik (PM), minyak akan turun, kali ini betul-betul minyak turun di mana RM1.99 adalah antara harga petrol paling rendah di dunia iaitu ketiga termurah di dunia.
“Ini menunjukkan keprihatinan Perdana Menteri menangani isu kos sara hidup untuk warga negara manakala warga asing dikenakan harga pasaran,” katanya.

image is not available

PM Anwar tepati janji

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Hartanah ASEAN (AREC) 2025 serta Pameran ARCHIDEX di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), hari ini.

Terdahulu, Perdana Menteri mengumumkan harga petrol RON95 akan diturunkan kepada RM1.99 seliter menjelang akhir September ini selepas pelaksanaan penyasaran subsidi bahan api.

image is not available

Dalam pengumuman tadi, Anwar turut memaklumkan penurunan harga itu dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 18 juta pengguna termasuk pemandu kereta, penunggang motosikal, belia seawal usia 16 tahun dan pekerja gig.

Langkah itu turut disertakan dengan inisiatif penghargaan lain seperti pemberian tunai sekali bayar sebanyak RM100 serta pengisytiharan cuti umum pada 15 September ini.

Sumber: Malaysia Gazette (Mohammad Arif Nizam)