Kerajaan Lancarkan Pakej 5G RAHMAH Dengan Harga Serendah RM60 Sebulan

7 Aug 2023 • 4:48 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

5G RAHMAH boleh dapatkan dengan harga mampu milik, iaitu RM60 sebulan

Kerajaan Lancarkan Pakej 5G RAHMAH Dengan Harga Serendah RM60 Sebulan. Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil mengumumkan berita baik, khususnya untuk penjawat awam, dengan penawaran perkhidmatan internet pada harga Rahmah hari ini.

Baru-baru ini, beliau mengumumkan pelancaran Pakej 5G RAHMAH dan insentif Pascabayar RAHMAH untuk kakitangan awam.

image is not available
Sumber: google

Dalam pada itu, penjawat awam juga boleh mendapat manfaat daripada capaian internet yang lebih baik dengan kos yang rendah.

Menurut sumber, rakyat Malaysia boleh membeli pelan data pascabayar 60GB dengan harga serendah RM60 sebulan dan telefon pintar 5G pada harga serendah RM250 dengan pakej 5G RAHMAH.

100,000 pembeli pertama dapat telefon pintar 5G

Bukan itu sahaja, difahamkan 100,000 pengguna pertama B40 akan mendapat telefon pintar 5G pada harga serendah RM120.

Sumber: twitter

Dipercayai beliau mendedahkan berita baik tersebut sebentar tadi di akaun Twitter rasminya.

Baca juga artikel yang berkaitan: