
Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Abdul Munim, berkata kerajaan Persekutuan kini mengamalkan pendekatan lebih tersusun dan menyeluruh dalam menghadapi cabaran ekonomi global berbanding pentadbiran terdahulu ketika era Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Menurutnya, penyelarasan dasar antara kerajaan pusat dan negeri dilaksanakan secara lebih sistematik menerusi mesyuarat berkala yang melibatkan semua pihak berkepentingan, termasuk ketua menteri dan menteri besar di seluruh negara melalui Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN).
Katanya, pendekatan itu berbeza dengan situasi pada awal pandemik COVID-19 apabila penyelarasan bersama kepimpinan negeri tidak dilakukan secara menyeluruh.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas gesaan Muhyiddin Yassin supaya kerajaan bertindak lebih pantas dan tegas dalam menangani kesan krisis global susulan pergolakan di Asia Barat yang memberi tekanan kepada ekonomi dan kos sara hidup rakyat.
Baca juga:
Kanak-kanak 3 tahun maut disyaki didera, tiga individu direman
Pejabat Menteri nafi dakwaan palsu Mohamad Sabu galak penjawat awam tanam ganja
Langgar lari polis trafik: Inspektor ditahan, sedang jalani rawatan kesihatan
Dalam pada itu, Muhammad Kamil menegaskan kerajaan tidak bersikap sambil lewa, malah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memberi peringatan awal kepada rakyat mengenai kemungkinan tekanan ekonomi global sejak Ramadan lalu.
Katanya, keadaan yang dilihat stabil ketika ini adalah hasil pengurusan kewangan berdisiplin, termasuk langkah penstrukturan subsidi, penjimatan perbelanjaan serta penguatkuasaan bagi membendung ketirisan.
“Keadaan ini membuatkan rakyat seolah-olah tidak merasai kesan besar, namun jika tekanan kos terus meningkat, kerajaan perlu bersikap realistik dengan melakukan penyesuaian dasar mengikut perkembangan semasa,” katanya.
Sumber: Berita Harian
The post ‘Kerajaan lebih sistematik urus cabaran ekonomi global berbanding era Muhyiddin’ – Kamil Munim appeared first on The Reporter.



