Kerajaan lulus RM3 juta tambah baik Hospital Umum Sarawak

LocalHealth & Fitness
18 Apr 2025 • 10:52 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Fadillah menyampaikan sumbangan kepada pesakit-pesakit pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 'Speta Beraya' Hospital Umum Sarawak hari ini. - Foto: Bernama

KUCHING - Kerajaan Persekutuan bersetuju untuk meluluskan peruntukan sebanyak RM3 juta bagi menambah baik serta menaik taraf Hospital Umum Sarawak.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, peruntukan itu melibatkan kerja-kerja menaik taraf fasiliti hospital serta inisiatif perolehan aset.

"Usaha tambah baik hospital ini bukan hanya kita lakukan untuk keselesaan para pekerja hospital semata-mata tetapi juga untuk pesakit yang mengunjungi hospital.

"Setelah berbincang dengan Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri kita setuju untuk memberikan peruntukan itu,” katanya semasa berucap pada majlis ‘Speta Beraya’ Hospital Umum Sarawak di sini, malam ini.

Turut hadir Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved