Kerajaan MADANI tekad, pastikan setiap rakyat dapat akses teknologi terkini – PM Anwar

LocalTechnology
11 Nov 2025 • 9:30 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa Kerajaan MADANI bertekad memastikan setiap lapisan masyarakat, termasuk di kawasan pedalaman, tidak ketinggalan dalam mengakses teknologi terkini sama ada dalam bidang perniagaan, pendidikan, perbankan mahupun pembangunan sosial dan ekonomi.

Beliau berkata, dunia kini menuntut setiap negara untuk mengikuti arus perubahan teknologi yang pesat, termasuk kemajuan dalam bidang kecerdasan buatan (AI), dan Malaysia tidak terkecuali.

image is not available

Kredit Foto: Fath Rizal | Pejabat Perdana Menteri

image is not available

Kredit Foto: Fath Rizal | Pejabat Perdana Menteri

image is not available

Kredit Foto: Fath Rizal | Pejabat Perdana Menteri

 

image is not available

Kredit Foto: Fath Rizal | Pejabat Perdana Menteri

“Marcapada menuntut setiap negara untuk sentiasa mengikuti arus perubahan teknologi yang pesat, termasuk kemajuan dalam bidang AI yang kini semakin diterapkan dalam kehidupan seharian, daripada sistem perkhidmatan awam hingga kepada penyampaian maklumat serta urus tadbir negara,” katanya menerusi hantaran di Facebook miliknya semalam.
image is not available

Kredit Foto: Fath Rizal | Pejabat Perdana Menteri

Artikel lain: Tuntutan pemulangan hak 40 peratus hasil Sabah akan dimuktamadkan esok – PM Anwar

Kerajaan MADANI tekad setiap rakyat nikmati akses teknologi

Tegas beliau, usaha itu bukan sekadar untuk menyesuaikan diri dengan perubahan zaman, tetapi bagi mendepani masa depan dengan kesiapsiagaan.

Ujarnya lagi, Malaysia bukan hanya menjadi pengguna teknologi, sebaliknya turut muncul sebagai pencipta dan peneraju inovasi digital di rantau ini.

image is not available

Kredit Foto: Fath Rizal | Pejabat Perdana Menteri

Dalam hantaran sama, Perdana Menteri memaklumkan beliau menamatkan lawatan ke Tawau hari ini dengan merasmikan Jelajah Malaysia Digital, platform di bawah tanggungjawab Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) yang berperanan memperkukuh penerapan teknologi AI bagi membentuk masa depan ekonomi, meningkatkan daya saing dan kesejahteraan rakyat.

Sumber: FB Anwar Ibrahim