PM: Kerajaan Setuju Naikkan Had Kelayakan BUDI96 Kepada Sektor e-Hailingc, 800 Liter Sebulan

LocalPolitics
4 Nov 2025 • 3:30 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Kerajaan bersetuju menaikkan had kelayakan program Budi Madani (BUDI95) bagi pemandu e-hailing yang layak kepada hingga 800 liter sebulan, tertakluk kepada syarat perjalanan yang ditetapkan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira maklum balas pemandu e-hailing yang berasakan jumlah semasa 600 liter masih belum mencukupi untuk menampung kos operasi mereka.

"Untuk Oktober, (subsidi pemandu) e-hailing aktif kita naikkan daripada 300 liter kepada 600 liter sebulan untuk 58,000 pemandu aktif yang layak.

image is not available

"(Bagaimanapun), ada lagi rakan-rakan di e-hailing merasakan (jumlah berkenaan) belum mencukupi.

"Jadi sekarang, kita mengkaji kalau betul ada rekod dan keperluan, maka kerajaan bersetuju meningkatkan had kelayakan budi 95 bagi pemandu e-hailing yang layak kepada sehingga 800 liter sebulan ," katanya pada sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat.

Beliau menjawab soalan Syerleena Abdul Rashid (PH-Bukit Bendera) yang meminta Perdana Menteri menyatakan kemajuan bulan pertama pelaksanaan program BUDI95.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved