
Kad ID khas beli minyak masak peket diperkenal tahun depan
Kerajaan Mahu Perkenal Kad ID Khas Beli Minyak Paket Undang Reaksi Netizen. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) baru-baru ini mengumumkan niatnya untuk melancarkan kad pengenalan khas bagi membolehkan pembelian minyak masak paket bersubsidi pada tahun depan.
Inisiatif ini, menurut Timbalan Menteri, Fuziah Salleh, bertujuan untuk memastikan bahawa hanya kumpulan yang layak yang dapat mengakses subsidi ini.

Langkah ini diambil untuk mengelakkan keadaan di mana individu atau pihak yang tidak layak mengambil kesempatan atas subsidi ini.
Sebelum ini, minyak masak paket telah dijual di pasaran terbuka, namun dengan inisiatif baru ini, kerajaan berhasrat untuk menyasar bantuan kepada mereka yang benar-benar memerlukan.
Bagaimanapun, keputusan untuk tidak mengintegrasikan inisiatif ini dengan aplikasi MySejahtera menimbulkan masalah kerana aplikasi tersebut tidak dapat membezakan antara keperluan isi rumah dan keperluan perniagaan kecil.

Sebab aplikasi MySejahtera tidak digunakan.
Selain itu, Fuziah Salleh turut menegaskan golongan T20 tidak layak menerima subsidi minyak masak, dan ini menjadi satu lagi sebab mengapa aplikasi MySejahtera tidak digunakan.
Mengikut statistik yang diberikan, kerajaan pada masa ini mengeluarkan kira-kira 60 juta bungkusan minyak masak bersubsidi setiap bulan. Bagaimanapun, aduan mengenai ketersediaan minyak masak paket di pasaran telah mendorong kerajaan untuk mempertimbangkan mekanisme kawalan baharu.
Ini termasuk pengenalan kad pengenalan khas untuk memastikan pengedaran yang lebih tepat.

“Kalau kad baru di perkenalkan akan banyak kes salah guna” – netizen
Dalam isu ini, ramai netizen telah menzahirkan rasa tidak puas hati, menekankan bahawa inisiatif baru ini mungkin akan menambah kos kepada kerajaan dan rakyat. Antara kekurangan yang diutarakan termasuk keperluan untuk keluarkan bajet besar untuk implementasi kad baru ini.
Saranan mereka adalah untuk mengintegrasikan inisiatif ini dengan NRIC yang sedia ada untuk mengelakkan pembaziran dan memudahkan proses.
Selain itu, beberapa netizen juga bimbang tentang kemungkinan penyalahgunaan kad baru, seperti orang lain yang menggunakan kad tersebut untuk membeli minyak masak. Kecurigaan juga timbul berkenaan tender untuk pembuatan kad baru ini dan berapa kos yang terlibat.

