Kerajaan Malaysia Dan BlackBerry Memeterai Perjanjian Kerjasama Untuk Mengukuhkan Arena Sekuriti Siber

TechnologyDigital
18 Nov 2023 • 5:55 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

BlackBerry Limited hari ini mengumumkan kerjasama jangka-masa panjang bersama kerajaan Malaysia, dalam terus mengukuhkan arena sekuriti siber di Malaysia. Dengan langkah ini, kerajaan Malaysia akan menggunakan pelbagai penyelesaian sekuriti oleh BlackBerry, selain pada masa yang sama melatih tenaga kerja tempatan dengan pelbagai latihan dan teknologi sekuriti terkini.

image is not available

Penggunaan penyelesaian sekuriti BlackBerry ini dijangka akan mengukuhkan lagi keselamatan pada era digital masa kini, serta melindungi daripada pelbagai serangan luar. Seperti ramai sedia maklum, BlackBerry sedia menerajui arena sekuriti dan keselamatan siber sejak dulu lagi, dan kini memfokuskan sepenuhnya perniagaan mereka kepada perusahaan dan kerajaan.

Pada masa yang sama, BlackBerry juga mengumumkan akan menubuhkan Cybersecurity Center of Excellence di Kuala Lumpur pada 2024 kelak.