Kerajaan Membincangkan Pelaksanaan Bekerja Dari Rumah Dalam Mesyuarat Kabinet Esok

LocalPolitics
12 Mar 2026 • 8:43 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Kerajaan Malaysia akan membincangkan pelaksanaan bekerja dari rumah (WFH) untuk penjawat awam dalam mesyuarat khas kabinet esok. Ini adalah bagi menyelaraskan tindakan kerajaan dan mengurangkan perbelanjaan tidak perlu. Peperangan di Iran yang dimulakan oleh Amerika Syarikat dan Israel dua minggu lalu menyebabkan WFH kini mula dipertimbangkan bukan sahaja oleh kerajaan tetapi juga syarikat swasta bagi mengurangkan beban kos perjalanan kakitangan.

image is not available

Akibatnya ekonomi global terjejas dan harga minyak global meningkat disebabkan bekalan minyak tidak dibenarkan melalui Selat Hormuz oleh Iran. Beberapa kapal yang cuba melanggar sekatan telahpun diserang menggunakan peluru berpandu. Kesan jangka pendek yang sudah dapat dilihat ialah kenaikan harga RON95 tanpa subsidi, RON97 dan Diesel yang kini dijual pada harga lebih RM3 seliter.

Di rantau Asia Tenggara, Filipina telah memulakan waktu pekerjaan empat hari seminggu. Di Thailand dan Vietnam pula rakyat digalakkan bekerja dari rumah serta mengurangkan perjalanan. Sementara itu di Myanmar kerajaan mengarahkan penggunaan kenderaan ke tempat kerja secara bergilir-gilir. Walaupun Asia Tenggar kaya dengan bekalan petroleum, ianya adalah untuk dieksport dengan keperluan bahan api domestik diimport daripada negara Timur Tengah

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved