Kerajaan Memperkenalkan Pakej 5G RAHMAH – Data Bulanan 60GB Untuk RM60 Sebulan

TechnologyDigital
7 Aug 2023 • 3:50 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Fahmi Fadzil hari ini telah mengumumkan pelan Pakej 5G RAHMAH untuk semua dan juga Insentif Postpaid RAHMAH untuk penjawat awam.

Dengan Pakej 5G RAHMAH ini, semua rakyat Malaysia layak untuk melanggan pelan 5G pada harga RM60, dan mendapatkan jumlah data sebanyak 60GB sebulan. Dalam pada itu, rakyat juga layak untuk membeli peranti pintar 5G yang berharga RM1099 pada harga RM240 sahaja.

Untuk mereka yang tergolong dalam kumpulan ekonomi B40, 100 ribu pembeli pertama dalam pelan ini layak membeli peranti-peranti ini juga pada harga RM120. Bagi penjawat awam yang sudahpun melanggan pelan pascabayar sedia ada, mereka juga layak menerima rebat RM10 setiap bulan.

image is not available

Kemaskini: Pakej RAHMAH 5G ini akan mula ditawarkan oleh syarikat telekomunikasi tempatan bermula 31 Ogos ini dengan kontrak selama dua tahun. Dua peranti yang akan ditawarkan melalui pelan ini termasuklah Honor 90 Lite 5G dan juga Samsung A14 5G. Setiap pembelian peranti ini juga akan ditawarkan bersama tempoh waranti selama dua tahun.

Ia dijangka bahawa syarikat-syarikat telekomunikasi tempatan akan membuat pengumuman mengenai penawaran pelan ini tidak lama lagi.