
Cadangan pengurangan gaji menteri bukan keutamaan ketika ini, namun tetap dalam pertimbangan kerajaan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi bayangan bahawa langkah tersebut boleh dipertimbangkan sekiranya keadaan ekonomi negara semakin mencabar, khususnya susulan ketegangan di Asia Barat yang memberi kesan global.
Namun buat masa ini ujarnya, fokus utama kerajaan adalah jelas iaitu memastikan barisan pentadbiran berkhidmat sebaik mungkin.
“Walau bagaimanapun, tak ada penghalangan kalau keadaan ekonomi ini lebih runcing, jadi kita boleh fikirkan,” katanya.
Baca juga:
Isu fitnah: MP Jasin, Harakah mohon maaf kepada Fadhlina
Animasi Cleopatra In Space didakwa ada unsur pasangan sejenis
Sultan Selangor cadang SUKMA Selangor ditangguhkan
Menurut beliau, kadar gaji menteri di Malaysia ketika ini sebenarnya relatif rendah. Malah, beliau sendiri menegaskan tidak mengambil gaji, tetapi berpendapat imbuhan yang diterima anggota pentadbiran masih munasabah selagi mereka menjalankan tugas dengan baik.
Dalam perkembangan berkaitan, langkah pemotongan gaji pemimpin turut menjadi perhatian di Indonesia, yang kini sedang meneliti cadangan tersebut sebagai sebahagian usaha mengetatkan fiskal negara.
Sumber: Buletin TV3
The post Kerajaan mungkin pertimbang potong gaji menteri jika ekonomi semakin mencabar appeared first on The Reporter.






