Tiada Halangan Untuk Potong Gaji Menteri Jika Ekonomi Meruncing – PMX

LocalPolitics
17 Apr 2026 • 6:20 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

ft PMX

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu bahawa kerajaan bersedia untuk membuat pertimbangan untuk memotong gaji menteri Kabinet sekiranya keadaan ekonomi semakin meruncing susulan dengan krisis tenaga global.

Beliau bagaimanpun berkata, kadar gaji menteri di Malaysia adalah relatif rendah jika dibandingkan dengan tanggungjawab yang dipikul, bagaimanapun kadar itu masih munasabah seandainya prestasi kerja mereka berada pada tahap baik.

Artikel berkaitan: Konflik Asia Barat: Kerajaan Tekad Pertahan Harga RON95

Artikel berkaitan: “Bermula dengan cili & terung” – Kesan Konflik Asia Barat, Mat Sabu Saran Penjawat Awam Mula Tanam Sayur Di Rumah

Beliau berkata, memastikan barisan menteri dapat melaksanakn tugas dengan baik demi kepentingan rakyat adalah keutamaan sekarang berbanding dengan soal pemotongan gaji.

Screenshot 2026 04 17 180920

“Gaji kita relatif memang rendah gaji-gaji menteri, tetapi yang penting mereka bekerja dengan baik. Macam saya, saya tidak ada masalah tidak mengambil gaji, namun gaji itu hak mereka selagi mereka menjalankan tugas dengan baik, saya fikir (kadar itu) munasabah.”

“Bagaimanapun, tidak ada halangan (pemotongan gaji menteri) kalau keadaan ekonomi ini lebih meruncing perkara itu akan difikirkan.”

Beliau berkata demikian semasa ditanya sama ada kerajaan akan meneliti cadangan pemotongan gaji menteri sepertimana yang dilaksanakan oleh negara jiran Indonesia.

Sumber : Sinar Harian

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.