
Kota Kinabalu: Kerajaan Negeri sentiasa berusaha menambah baik dan meningkatkan keberkesanan strategi dan pendekatan dalam inisiatif yang memfokuskan pembangunan modal insan dalam kalangan belia kata Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor.
Katanya, Kerajaan juga sentiasa terbuka untuk mendengar aspirasi golongan muda dengan memperkenalkan beberapa inisiatif yang dirangka berdasarkan saranan dan pandangan golongan sasar melalui pelbagai platform penglibatan yang dilaksanakan.
“Ini jelas menunjukkan komitmen Kerajaan untuk membangunkan belia sebagai aset dan golongan yang perlu diberi peluang dalam pembangunan ekonomi negeri.
“Justeru, tahun ini, Kementerian Belia dan Sukan Sabah telah diperuntukkan RM97.5 juta untuk pembangunan belia dan sukan.
SPONSORED CONTENT Over 20 units booked at The Horizon’s grand launch Kota Kinabalu: The grand launch of The Horizon at Damai saw a good response with more than 20 condominium units booked, Sunday. Read more “Bagi melahirkan pemimpin belia berkualiti tinggi, Kerajaan Negeri turut memperuntukkan sejumlah RM16.42 juta untuk melaksanakan Program Pembangunan Kepimpinan Belia yang meliputi aktiviti kesukarelawanan dan perpaduan sosial,” katanya ketika merasmikan Hari Moto Sabah (SMD) siri ke-6 di perkarangan Universiti Malaysia Sabah pada Ahad.
Ucapan beliau dibacakan Pembantu Menteri Datuk Haji Nizam Abu Bakar Titingan.
SMD 6.0 turut dihadiri oleh belia dari semenanjung, Sarawak, Labuan dan Brunei Darussalam.
Hajiji berkata golongan belia adalah aset yang sangat penting bagi negara dan merupakan generasi pewaris seterusnya. Atas sebab itu, beliau amat mengalu-alukan program itu yang beliau sifatkan tepat pada masanya.
Katanya, SMD merupakan program motosikal terbesar di Sabah dan sering dinanti-nantikan oleh golongan belia.
Program sebegini, katanya dapat membantu mengeratkan hubungan, berkongsi kesedaran tentang keselamatan jalan raya dan pada masa sama menggalakkan belia melibatkan diri dalam sukan sihat bagi memastikan mereka tidak terlibat dalam perlumbaan haram.
“Adalah bagusnya program ini turut memberi input yang bermanfaat kepada semua peserta dengan menggabungkan program “Mengambil Dadah Tidak Bagus” oleh Agensi Antidadah Kebangsaan dan ‘Mat Moto’ ikrar membenci dadah.
“Saya juga gembira apabila bersama-sama Kelab Belia Tuaran, sumbangan kepada rumah anak yatim turut diadakan oleh penganjur dan peserta.
“Ini adalah satu amalan yang sangat mulia yang telah ditunjukkan oleh golongan belia. Bagus!” dia menekankan.
Hajiji berkata, sukan permotoran diminati kerana ia menjalinkan hubungan persahabatan dengan menjalinkan jaringan dengan orang yang berkongsi minat yang sama selain mempelajari dan menimba ilmu lebih mendalam mengenai hobi tersebut.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.


