Kerajaan Negeri komited bangunkan sukan, atlet Sabah

15 Oct 2023 • 12:13 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

SANDAKAN: Kerajaan Negeri sentiasa komited dalam pembangunan sukan dan atlet di negeri Sabah bagi memastikan golongan ini dapat bersinar ke peringkat antarabangsa.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, pembangunan belia dan beliawanis melalui aktiviti sukan sentiasa menjadi agenda utama kerajaan dalam membentuk sahsiah masyarakat yang harmoni, bertoleransi dan bersatu-padu.

“Justeru itu, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM27.02 juta pada tahun ini untuk perbelanjaan pembangunan dan kemajuan sukan termasuk menjalankan kajian Sains Sukan bersama Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan agensi berkaitan,” katanya.

Ucapan beliau disampaikan oleh Menteri Belia dan Sukan Negeri Sabah, Datuk Ellron Angin sempena majlis perasmian Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Sabah Tahun 2023 di Kompleks Sukan Sibuga pada Sabtu.

SPONSORED CONTENT Daily Express members: Enjoy 1 for 1 signature cocktails and more at Hyatt Centric Kota Kinabalu Kota Kinabalu: DAILY EXPRESS is partnering with Hyatt Centric Kota Kinabalu to offer an exclusive deal for our members. Read more Hajiji berkata Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah menyediakan modul Sambutan Hari Sukan Negara pada tahun ini dengan pelbagai aktiviti sukan untuk dilaksanakan di seluruh negara.

“Ini adalah sebagai mempromosi kepada rakyat bahawa mudahnya bagi kita melakukan aktiviti sukan demi kecergasan dan mendapat kesihatan yang baik.

“Saya percaya, hasrat kerajaan untuk memastikan rakyat di negara ini dapat membudayakan aktiviti sukan mampu dicapai dengan sokongan dan penglibatan menyeluruh daripada pelbagai lapisan masyarakat, sektor awam dan swasta, badan-badan sukan dan badan bukan kerajaan,” tambahnya lagi.

Dalam masa yang sama, Hajiji menyeru agar semua rakyat di negeri ini dapat menggunakan kemudahan sukan yang sedia ada dengan baik.

Mengulas lanjut tentang pembangunan sukan di negeri ini, Ellron berkata kerajaan negeri mempunyai pelan tindakan jangka panjang bagi membangunkan sektor sukan di negeri ini.

“Menerusi pelan tindakan ini, kita berkolaborasi dengan UMS khususnya bahagian Sains Sukan untuk meneroka dan membuat kajian tentang potensi atlet-atlet Sabah secara saintifik.

“Kaedah kajian Sains Sukan ini juga membolehkan kita mengenalpasti bakat-bakat baharu, meneliti bagaimana kita boleh meminimakan kecederaan atlet-atlet serta membaiki prestasi sukan kita,” katanya.

Dengan kolaborasi ini, Ellron berkata, mutu dan standard sukan di negeri ini dapat ditingkatkan sekaligus mampu menyumbang kepada kecemerlangan sukan negara.

Ellron juga menyambut baik peruntukan yang telah diberikan melalui belanjawan baru-baru ini, namun beliau berharap ianya dapat ditambah bagi memenuhi keperluan mendesak untuk membaiki dan menaiktaraf prasarana sukan di negeri Sabah.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.