Peruntukan RM6.6b untuk Sabah diharap bangunkan Sabah ke tahap lebih baik

LocalPolitics
15 Oct 2023 • 1:22 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

LAHAD DATU: Peruntukan pembangunan untuk Sabah berjumlah RM6.6 bilion yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Belanjawan 2024, Jumaat diharapkan agar dapat membangun negeri ini ke tahap yang lebih baik.

Ahli Majlis Tertinggi (AMT) Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS), Datuk Abdul Hakim Gulam Hassan berkata, masyarakat di Sabah menyambut baik penyediaan peruntukan tersebut.

Namun begitu, beliau berharap agar ianya dapat disalurkan dengan segera memandangkan Sabah telah ketinggalan dari aspek pembangunan, infrastruktur dan lain-lain.