Kerajaan Negeri Melaka Tidak Isi Jawatan Dikosongkan PH - Ab Rauf

LocalPolitics
17 Jul 2026 • 8:22 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Kerajaan Negeri Melaka Tidak Isi Jawatan Dikosongkan PH - Ab Rauf

Kerajaan Negeri Melaka Tidak Isi Jawatan Dikosongkan PH - Ab Rauf

JASIN, 17 Julai (Bernama) -- Kerajaan Negeri Melaka tidak akan mengisi jawatan dikosongkan wakil Pakatan Harapan (PH) dalam pentadbiran negeri susulan keputusan gabungan itu menarik diri daripada kerajaan negeri, kata Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Beliau berkata semua jawatan disandang wakil PH termasuk Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO), Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) serta Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) terbubar secara automatik, tidak akan diisi memandangkan baki tempoh pentadbiran kerajaan negeri adalah singkat.

“Seperti dimaklumkan dalam media, secara automatik ia terbubar. Kita tidak akan mengisi jawatan berkenaan kerana tempoh pentadbiran yang tinggal tidak mencukupi,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Hari EXCO Bersama Rakyat (HEBAT) di Merlimau, di sini hari ini.

Ab Rauf berkata kerajaan negeri menghormati keputusan PH Melaka menarik diri daripada pentadbiran negeri dan tidak berhasrat memanjangkan perkara itu.

“Kita tidak mahu menjadikan perkara ini sebagai medan pergaduhan yang membawa pada permusuhan peribadi atau serangan tidak baik,” katanya.

Ab Rauf berkata sepanjang hampir tiga tahun mentadbir negeri bersama-sama PH, pentadbiran kerajaan berjalan dengan baik, namun perbezaan pendirian menyebabkan gabungan itu memilih haluan sendiri dan beliau menerima keputusan itu dengan hati terbuka.

Semalam, PH Melaka mengumumkan keputusan muktamad menarik diri daripada pentadbiran kerajaan negeri susulan pendirian menolak pindaan Enakmen Perlembagaan Negeri Melaka bagi mewujudkan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) lantikan.

Baca juga:

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved