
Kerajaan Negeri Perlis Isytihar 1 Jan 2026 Sebagai Cuti Peristiwa
Kerajaan Negeri Perlis mengisytiharkan 1 Januari 2026 (esok) sebagai Hari Cuti Peristiwa bagi seluruh negeri, selepas mendapat perkenan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, Raja Perlis.
Cuti peristiwa ini turut dinyatakan selaras dengan peruntukan di bawah Akta Hari Kelepasan 1951 (Akta 369).
Menurut Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah, pemberian cuti tersebut merupakan tanda penghargaan kerajaan negeri kepada penjawat awam serta seluruh rakyat Perlis yang telah menjayakan Karnival Sambutan Tahun Baru 2026 peringkat negeri, yang berlangsung pada 31 Disember 2025.
Beliau berkata, pengisytiharan cuti itu diharapkan dapat memberi kemudahan kepada rakyat untuk menghadiri serta memeriahkan karnival berkenaan, selain membantu mereka membuat perancangan dengan lebih teratur.
Sumber: Pejabat Menteri Besar Perlis/FB
The post Kerajaan Negeri Perlis Isytihar 1 Jan 2026 Sebagai Cuti Peristiwa appeared first on Siakap Keli.

