Perlis Isytihar 1 Januari 2026 Cuti Peristiwa Seluruh Negeri

31 Dec 2025 • 7:08 PM MYT
The Malaysian Update
The Malaysian Update

Portal berita pilihan anda untuk isu semasa, politik, hiburan, & banyak lagi

image is not available

Kangar: Kerajaan Negeri Perlis mengisytiharkan 1 Januari 2026 (esok) sebagai Hari Cuti Peristiwa bagi seluruh negeri.

Pengisytiharan itu dibuat selepas mendapat perkenan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, Raja Perlis, dan selaras dengan peruntukan di bawah Akta Hari Kelepasan 1951 (Akta 369).

Penghargaan Kerajaan Negeri Kepada Rakyat Perlis

Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah berkata, pemberian cuti berkenaan merupakan tanda penghargaan kerajaan negeri kepada penjawat awam serta seluruh rakyat Perlis yang telah menjayakan Karnival Sambutan Tahun Baharu 2026 peringkat negeri, yang berlangsung pada 31 Disember 2025.

Menurutnya, pengisytiharan cuti itu diharap dapat memberi kemudahan kepada rakyat untuk menghadiri serta memeriahkan karnival berkenaan, di samping membantu mereka membuat perancangan dengan lebih teratur. – The Malaysian Update

The post Perlis Isytihar 1 Januari 2026 Cuti Peristiwa Seluruh Negeri appeared first on The Malaysian Update.