Kerajaan Negeri terus tingkat pendidikan dan ekonomi Sabah

LocalBusiness & Finance
20 Oct 2025 • 4:30 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Pelbagai langkah diambil Kerajaan Negeri membabitkan pembangunan pendidikan dan ekonomi.

Ketua Pegawai Eksekutif Cyberjaya College Kota Kinabalu Dr Awang Faisal Assyiffa (gambar) berkata Sabah kini sedang menyaksikan satu era baharu pembangunan pendidikan dan ekonomi yang berpaksikan rakyat.

“Saya melihat bagaimana pelbagai inisiatif Kerajaan Negeri telah membawa impak kepada pembangunan modal insan dan pertumbuhan ekonomi Sabah dengan komitmen luar biasa dalam memperkukuh sektor pendidikan.

“Sejak tahun 2021 hingga 2025 lebih RM1.3 bilion telah diperuntukan bagi pelbagai program pendidikan sekali gus menjadikannya pelaburan tertinggi dalam sejarah negeri,” katanya kenyataan media pada Jumaat.

Menurut beliau Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) adalah bukti kerana peruntukan meningkat kepada RM136 juta pada tahun 2025 membuka lebih banyak peluang kepada pelajar Sabah melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi.

“Selain itu inisiatif seperti Budi, Baik, Bistari, Bagus dan Subfly telah meringankan beban keluarga luar bandar dan B40 serta memastikan tiada anak Sabah tercicir daripada sistem pendidikan disebabkan kekangan kewangan.

“Usaha memperkukuh pendidikan Tvet pula merupakan langkah strategik dalam menyiapkan tenaga kerja berkemahiran tinggi yang selari dengan keperluan industri tempatan.

“Penubuhan Sabah Technical and Vocational Education and Training Council juga memperlihatkan kesungguhan kerajaan dalam menyusun semula ekosistem pendidikan agar lebih relevan dan berorientasikan pasaran kerja,” ujar beliau.