Kerajaan pastikan kekayaan budaya terus dikekalkan: Hajiji

1 Jul 2024 • 4:21 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Lagatah Toyos

TAWAU: Kerajaan Sabah akan terus memastikan kekayaan budaya yang dimiliki rakyat berbilang kaum di negeri ini terus dikekalkan sekaligus menjadi daya tarikan pelancong datang ke negeri ini, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Katanya, penganjuran Festival Kebudayaan Antarabangsa Tawau (FKAT) antara medan untuk mempromosikan khazanah budaya dan tradisi suku kaum yang diwarisi di negeri ini.

“Sabah terkenal sebagai negeri yang kaya dengan kepelbagaian budaya etnik serta keindahan alam semula jadi yang unik dan menarik, dan menjadi ntara aset dan khazanah negeri yang amat bernilai.

“Justeru, aspek budaya dan adat tradisi suku kaum, serta keindahan alam semula jadi yang menjadi khazanah kita ini, wajar terus diketengahkan menerusi festival ini,” katanya ketika merasmikan FKAT 2024 di Dataran Majlis Perbandaran Tawau (MPT) pada Sabtu, yang dihadiri lebih 40,000 pengunjung.

SPONSORED CONTENT Hajiji says positive economic achievements prove Sabah govt’s commitment Kota Kinabalu: Chief Minister, Datuk Seri Hajiji Noor, emphasised that the positive economic achievements over the past three years underscore the Sabah government’s steadfast commitment to both the administration and development of the state. Read more Hajiji berkata, usaha seperti ini sudah pasti merancakkan lagi pertumbuhan industri pelancongan di negeri ini, termasuk di Tawau.

Dalam masa sama, katanya, penganjuran FKAT memberikan ruang kepada masyarakat setempat, khususnya usahawan untuk menjana pendapatan melalui penjualan produk berunsur tradisi, seperti kraftangan dan makanan etnik.

Tambahnya, apabila Pusat Kebudayaan Antarabangsa Tawau (TICC) siap kelak, FKAT yang diadakan secara tahunan bakal mempunyai bangunan kekal, selain menjadi tempat penganjuran pelbagai program bertaraf dunia.

“TICC ini juga akan menjadi pusat pengembangan budaya yang utama di luar ibu negeri Kota Kinabalu.

“Kerajaan Negeri sentiasa menyokong usaha murni seperti ini ke arah melestarikan khazanah budaya turun temurun dan mempromosikan sektor pelancongan,”katanya.

Di samping itu, usaha itu dilihat mampu membangunkan ekonomi rakyat dan negeri serta memupuk perpaduan dan keharmonian dalam kalangan rakyat.

Pada festival kali ini, katanya, delegasi jemputan dari negara luar iaitu Indonesia, Thailand dan India secara tidak langsung dapat mengeratkan lagi hubungan dua hala antara Malaysia dengan negara-negara berkenaan.

Beliau berharap festival ini dapat dikekalkan menjadi acara tahunan yang bukan sahaja mampu menyatupadukan rakyat melalui persembahan kebudayaan, malah menjadi wadah untuk melihat sendiri budaya dari negara luar.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.