Kerajaan perkenal program pengakuan sukarela e-Invois hingga 31 Disember 2027 - PM Anwar

LocalBusiness & Finance
7 Jul 2026 • 12:11 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Kerajaan perkenal program pengakuan sukarela e-Invois hingga 31 Disember 2027 - PM Anwar Image from: Kerajaan perkenal program pengakuan sukarela e-Invois hingga 31 Disember 2027 - PM Anwar hamden07/07/2026 - 12:11

KUALA LUMPUR 7 Julai - Kerajaan memperkenalkan Program Pengakuan Sukarela e-Invois sehingga 31 Dis 2027 sebagai ikhtiar tambahan bagi mengurangkan kos pematuhan perniagaan khususnya kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

 

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata sepanjang tempoh ini, sebarang kemas kini, semakan dan pembetulan yang dikemukakan secara sukarela tidak akan dikenakan penalti oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN).

 

“Ini satu keputusan yang selalunya tidak berlaku sedemikian bagi cukai pendapatan,” kata beliau pada Waktu PertanyaanPertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

 

Beliau menjawab pertanyaan Lee Chuan How (PH-Ipoh Timor) mengenai sama ada Kerajaan MADANI peka kepada cabaran yang dihadapi sektor perniagaan, khususnya usahawan PMKS dalam menghadapi senario global semasa dan langkah kerajaan untuk menyokong kelangsungan PMKS.

 

Perdana Menteri berkata kerajaan turut bersetuju mempercepat insentif cukai dengan membenarkan tuntutan penuh elaun modal dalam tempoh setahun bagi perbelanjaan layak berkaitan pelaksanaan e-Invois.

 

“Langkah itu adalah sebagai tanda penghargaan dan galakan kepada pembayar cukai untuk mematuhi sepenuhnya pelaksanaan e-Invois,” kata beliau. 

 

Menurut Anwar, pada Disember 2025, kerajaan telah menaikkan nilai ambang pendapatan bagi pengecualian e-Invois daripada RM500,000 kepada RM1 juta, yang memanfaatkan lebih sejuta pembayar cukai. - BERNAMA

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved