Nova MSC, Theta Edge tamatkan usaha sama e-Kerajaan selepas hampir tiga tahun tubuhkan Digital EG

LocalTechnology
6 Jul 2026 • 9:30 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Nova MSC, Theta Edge tamatkan usaha sama e-Kerajaan selepas hampir tiga tahun tubuhkan Digital EG Image from: Nova MSC, Theta Edge tamatkan usaha sama e-Kerajaan selepas hampir tiga tahun tubuhkan Digital EG liza06/07/2026 - 09:30 Oleh KAMALIZA KAMARUDDIN liza@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 6 Julai – Nova MSC Bhd dan Theta Edge Bhd bersetuju menamatkan perjanjian usaha sama yang dimeterai hampir tiga tahun lalu bagi membangunkan perkhidmatan penyelesaian e-Kerajaan yang dimulakan pada September 2023.

 

Dalam makluman berasingan kepada Bursa Malaysia, kedua-dua syarikat itu berkata keputusan itu dibuat secara persetujuan bersama tanpa menyatakan sebab di sebalik penamatan tersebut.

 

Kerjasama berkenaan dimeterai pada September 2023 sebelum kedua-dua syarikat menubuhkan Digital EG Sdn Bhd pada November tahun sama sebagai syarikat usaha sama bagi meneroka peluang dalam penyelesaian e-Kerajaan dan teknologi.

 

Digital EG ditubuhkan untuk menyediakan pelbagai perkhidmatan termasuk integrasi sistem, khidmat perundingan teknologi serta pembangunan rumusan digital kepada agensi kerajaan dan sektor berkaitan.

 

Susulan penamatan perjanjian itu, Nova MSC dan Theta Edge akan mengadakan perbincangan lanjut mengenai hala tuju Digital EG, termasuk mempertimbangkan kemungkinan membubarkan syarikat usaha sama tersebut.

 

ARTIKEL BERKAITAN: Theta Edge, Nova MSC bekerjasama peroleh projek penyelesaian e-kerajaan 

 

Sebelum ini, pada Februari 2024, kedua-dua syarikat memaklumkan mereka sedang merangka pelan perniagaan bagi memastikan strategi Digital EG selari dengan objektif syarikat, peluang pasaran serta sasaran pertumbuhan jangka panjang.

 

Pada November 2024 pula, Nova MSC dan Theta Edge mengumumkan hasrat untuk mengintegrasikan penyelesaian Digital EG ke dalam Projek Bandar Pintar (Smart City) Majlis Perbandaran Ampang Jaya, di samping meneroka peluang serupa bersama agensi kerajaan Persekutuan dan negeri.

 

Bagaimanapun, tiada perkembangan lanjut mengenai pelaksanaan projek tersebut diumumkan selepas itu, manakala makluman terkini juga tidak menjelaskan sama ada perancangan berkenaan diteruskan atau dihentikan.

 

Nova MSC berkata, penamatan usaha sama itu dijangka tidak memberi kesan material terhadap pendapatan, aset bersih mahupun prestasi kewangan syarikat bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2026.

 

Ini menunjukkan keputusan berkenaan lebih bersifat penyusunan semula kerjasama strategik dan bukannya berpunca daripada faktor yang menjejaskan kedudukan kewangan syarikat. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved