
Kerajaan bersetuju menambah baik subsidi bil elektrik dengan memperluaskan tahap perlindungan daripada 600 kilowatt-jam (kWj) kepada 800 kWj sebulan bagi tempoh penggunaan elektrik mulai September hingga 31 Disember 2026.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata langkah itu diambil sebagai tindakan segera bagi menangani tekanan kos sara hidup rakyat ketika ini.
Menurut beliau, pengguna domestik dengan penggunaan elektrik sehingga 800 kWj sebulan akan diberikan perlindungan menerusi pengecualian Pelarasan Kos Bahan Api Secara Automatik (AFA), Caj Peruncitan serta Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

“Sekalung penghargaan khususnya kepada pihak TNB, PETRA dan Suruhanjaya Tenaga atas peranan mereka dalam memungkinkan langkah ini diambil dalam kadar segera.
“Keadaan jerebu serta cuaca yang lebih panas mutakhir ini telah mendorong peningkatan penggunaan elektrik dalam kalangan sebahagian isi rumah, menyebabkan penggunaan bulanan mereka melepasi paras 600 kWj dan menyebabkan kenaikan bil yang luar biasa.
Baca juga:
Isu AFA Dalam Bil Elektrik, TNB Tampil Beri Penjelasan
Nak Kurangkan Bil Elektrik? Ini 4 Langkah Praktikal Yang Disarankan TNB
“Justeru itu, Kerajaan MADANI akan terus memantau rapi perkembangan kos bahan api dan keadaan pasaran tenaga semasa bagi memastikan sebarang keputusan berkaitan tarif elektrik mengambil kira keseimbangan antara kemampuan dan beban hidup rakyat, keterjaminan bekalan elektrik dan kemampanan sektor tenaga negara,” katanya.






