
Perdana Menteri Anwar Ibrahim kini mengumumkan perluasan subsidi bil elektrik untuk pengguna domestik ditingkatkan daripada had 600 kWj sebelum ini, kepada sehingga 800 kWj (kilowatt jam) sebulan. Penambahan subsidi ini berkuat-kuasa untuk bil elektrik bagi penggunaan bulan September 2026 hingga 31 Disember 2026.
Dengan langkah ini, pengguna domestik yang menggunakan elektrik sehingga 800kWj sebulan akan dikecualikan daripada caj Pelarasan Kos Bahan Api Automatik (AFA), Caj Peruncitan, dan juga Cukai Jualan dan Perkhidmatan. Kerajaan mengumumkan langkah ini dalam mengurangkan tekanan dan beban hidup rakyat.
Ia dikatakan cuaca yang lebih panas kebelakangan ini, termasuk keadaan jerebu membuatkan orang ramai lebih menggunakan elektrik berbanding sebelumnya, sekaligus melepasi paras penggunaan 600kWj, dan membawa kepada kenaikkan bil elektrik yang luar biasa.





