

Peralihan industri kenderaan elektrik (EV) di Malaysia kini berada di persimpangan jalan yang mencabar. Kerajaan sedang memperhalusi mekanisme mengenakan caj ke atas setiap jualan EV bagi mewujudkan tabung pembinaan rangkaian pengecas awam di seluruh negara.

Langkah drastik ini didedahkan oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Datuk Seri Johari Abdul Ghani, di Dewan Negara susulan kekangan kerajaan untuk membiayai infrastruktur berskala besar seperti mana yang dilaksanakan di China.
Kerajaan sebelum ini telah bermurah hati memberikan pengecualian duti import, duti eksais, dan cukai jualan sepenuhnya untuk kenderaan import (CBU) selama empat tahun untuk menggalakkan pertumbuhan pasaran dan menarik pelaburan.
Namun, realiti pahit terpaksa ditelan apabila dasar tersebut membawa impak besar kepada kewangan negara:
Di sebalik itu, kerajaan menanggung kehilangan hasil cukai sebanyak RM3.3 bilion sepanjang tempoh itu, manakala pelaburan dalam pembangunan rangkaian pengecas awam tidak berkembang seperti yang diharapkan.

"Selepas empat tahun, kita hendak mencari pengecas awam, (namun) tiada pelaburan yang dibuat oleh pemain (EV) ini," katanya.
Sehubungan itu, beliau berkata kerajaan tidak meneruskan insentif berkenaan, sebaliknya hanya mengekalkan pengecualian cukai bagi kenderaan pemasangan tempatan (CKD) sehingga 31 Dis 2027 untuk terus menggalakkan pembangunan industri EV domestik.
SUMBER BERITA HARIAN.





