Kerajaan Pertimbang Mengambil Imbasan Wajah, Mata Dan 10 Jari Di Bawah Pindaan Akta Pendaftaran Negara

LocalPolitics
28 Aug 2025 • 2:44 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kerajaan bercadang meminda Akta Pendaftaran Negara 1959 (Akta 78) bagi memperkenalkan sistem pengumpulan data biometrik lebih lengkap. Melalui pindaan ini, data seperti 10 cap jari, imbasan anak mata dan wajah akan direkodkan untuk meningkatkan keselamatan dokumen pengenalan diri rakyat Malaysia.

image is not available

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah menyatakan bahawa kerajaan perlu menambah baik kaedah pengumpulan, penyimpanan dan penggunaan data biometrik agar selari dengan keperluan semasa.

Beliau memaklumkan bahawa kerajaan akan memperkenalkan struktur baharu kad pengenalan yang dilengkapi dengan ciri keselamatan terkini bagi menggantikan kad sedia ada yang telah digunakan sejak tahun 2012.

image is not available

Beliau turut mendedahkan statistik kesalahan yang berlaku di bawah bidang kuasa Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Sepanjang tempoh dari tahun 2021 hingga Ogos 2025, pihak berkuasa telah melakukan sebanyak 795 tangkapan melibatkan pelbagai kesalahan.

Daripada jumlah tersebut, seramai 326 individu telah didakwa atas kesalahan memiliki kad pengenalan palsu atau menggunakan kad pengenalan milik orang lain.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan JPN sedang merancang untuk melancarkan kad pengenalan generasi baharu yang akan dilengkapi dengan teknologi keselamatan lebih canggih.