
Kerajaan, Petronas Tidak Jual Minyak Dan Diesel Kepada Negara Lain - PMO
KUALA LUMPUR, 22 April (Bernama) -- Kerajaan dan Petroliam Nasional Berhad (Petronas) tidak menjual minyak dan diesel kepada negara lain seperti yang ditegaskan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini.
Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan hari ini memaklumkan situasi yang dilaporkan melibatkan penghantaran diesel dari Malaysia ke Australia sebenarnya merujuk kepada minyak milik syarikat antarabangsa yang disimpan di negara ini sebelum dieksport semula.
Peluru Kereta Kebal Meletup Ragut Tiga Nyawa Tentera
Tak Terfikir, Rupanya Ada Projek Selamatkan Makanan Harimau Malaya
Ini Cara Nak Beza Cap Jari Masih Elok Atau Rosak
Negara Ini Pilih Kembali Kepada Buku Fizikal Di Sekolah
Ramai Gen Z Tak Lagi Suka “Solo Travel”, Rupanya Ini Pilihan Mereka
“Diesel itu bukan dari perut bumi Malaysia. Ia sama seperti situasi di Filipina sebelum ini, iaitu diesel itu bukan diesel Malaysia, sebaliknya milik syarikat antarabangsa yang membeli diesel mentah dari negara lain dan kemudian menyimpannya di Malaysia.
“Sekarang minyak itu dijual ke Australia melalui kontrak antara Viva Energy dan BP Australia (sepertimana disebut dalam laporan berita ini), dan ia disebut ‘dari Malaysia’ kerana kapal tersebut mengambil minyak yang disimpan di Malaysia,” menurut kenyataan itu.
Sebelum ini, terdapat dakwaan segelintir pihak menyatakan kerajaan menjual bekalan minyak kepada Australia ketika dunia sedang berdepan krisis bekalan global.
Anwar sebelum ini turut menegaskan Malaysia memberi keutamaan kepada keperluan bahan api domestik sebelum membekalkan sebarang lebihan kepada Australia.
Perdana menteri berkata melalui perbincangan dengan rakan sejawatannya dari Australia, Anthony Albanese sebelum ini, kedua-dua negara faham dengan masalah keperluan yang dihadapi masing-masing.



