Kerajaan prihatin cabaran persekolahan keluarga besar

LocalPolitics
11 Aug 2024 • 3:52 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Clarence Dol

RANAU: Kerajaan prihatin terhadap masalah dihadapi oleh ibu bapa dan penjaga kurang berkemampuan untuk menyediakan keperluan anak-anak dan keselesaan semasa belajar di sekolah, kata Timbalan Ketua Menteri II, Datu Seri Dr Joachim Gunsalam.

Menurut beliau, situasi ini paling dirasai oleh kebanyakan ibu bapa dan penjaga apabila musim persekolahan bermula, terutamanya keluarga dengan bilangan anak yang ramai.

“Kerajaan juga komited dengan pembangunan pendidikan di negeri ini dengan menyediakan bantuan sistem pendidikan dari peringkat sekolah rendah hingga peringkat universiti.

“Ini kerana kerajaan tahu betapa pentingnya pendidikan untuk pembangunan negara,” katanya ketika merasmikan Majlis Penyampaian Skim Bantuan Khas (SBK) Kumpulan Yayasan Sabah bagi tahun 2024 di SMK Timbua, di sini, Jumaat.