Kerajaan Pulau Pinang Beli 15 Buah Toyota Camry Untuk Kegunaan Rasmi

LocalPolitics
22 May 2025 • 12:45 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah membeli 15 kenderaan baharu jenis Toyota Camry 2.5V (AT) (CBU) bernilai RM3,311,895 bagi menggantikan kereta rasmi yang dibeli pada 2020.

Perkara itu disahkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow. Menurutnya, kenderaan baharu itu untuk kegunaan rasmi 10 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri Pulau Pinang dan tiga ahli ex-officio iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-Undang Negeri.

"Dua lagi kenderaan masing-masing untuk kegunaan rasmi Yang Dipertua dan Timbalan yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang.

image is not availableimage is not available

"Jumlah (kos) tersebut adalah termasuk cukai dan duti eksais. Ini menjadikan kos setiap kereta kira-kira RM220,789," katanya.

Kon Yeow (DAP-Padang Kota) berkata demikian mengulas pertanyaan dikemukakan Lim Guan Eng (DAP-Air Putih) dan Yusni Mat Piah (PAS-Penaga) mengenai pembelian kereta baharu berkenaan.