Kos Selenggara Kereta Sedia Ada Cecah RM650,000, Jadi Sebab Pulau Pinang Beli 15 Toyota Camry

LocalCars
22 May 2025 • 9:40 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengambil langkah proaktif dalam menangani peningkatan kos penyelenggaraan kenderaan rasmi dengan membeli 15 unit baharu Toyota Camry 2.5V (AT) (CBU) dan langkah ini bertujuan menggantikan kenderaan sedia ada yang kini menelan belanja purata penyelenggaraan sebanyak RM42,144 setiap unit.

Menurut laporan Harian Metro, Ketua Menteri, Chow Kon Yeow, kenderaan rasmi untuk Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) dan pegawai biasanya diganti setiap enam tahun, satu dasar yang telah diamalkan sejak 2013.

image is not available

Foto: Harian Metro

Kenderaan rasmi yang sedang digunakan sekarang pula telah dibeli pada tahun 2019.

Menjelaskan lebih lanjut, Chow berkata bahawa kenderaaan lama masih dimanfaatkan oleh kerajaan negeri dan kini digunakan untuk sistem perkongsian kenderaan (carpool) dalam kalangan pegawai yang memerlukan, bukannya disisihkan atau dijual dan ianya masih lagi berfungsi.

Sepanjang tempoh penggunaan kenderaan lama, kerajaan negeri telah membelanjakan hampir RM650,000 untuk penyelenggaraan.

Sebelum ini, Chow turut mengesahkan bahawa 15 unit Toyota Camry itu dibeli dengan jumlah keseluruhan RM3.31 juta, termasuk cukai jualan dan duti eksais serta kos bagi setiap unit ialah RM220,783.

image is not available

Foto: time.com

Daripada jumlah tersebut, 10 buah diperuntukkan kepada Ahli MMK, tiga unit kepada bekas pegawai kerajaan, manakala masing-masing satu uni untuk Speaker dan Timbalan Speaker DUN.

Kesemua kenderaan berkenaan telah diserahkan kepada penerima pada 4 April lalu.

Sumber: Harian Metro