Kerajaan Rasmi Tubuh AI Malaysia Berhad Pemacu Utama Ke Arah Aspirasi Negara AI 2030

LocalTechnology
28 Jul 2026 • 5:27 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

kd ft 1

YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim rasmi mengumumkan penubuhan entiti kecerdasan buatan kebangsaan, AI Malaysia Berhad di bawah Kementerian Digital bagi memacu aspirasi Negara AI 2030.

Langkah ini merupakan penaiktarafan rasmi daripada Pejabat AI Kebangsaan (NAIO) yang ditubuhkan pada Disember 2024, sekali gus bertindak sebagai badan induk dalam menyelaraskan dasar serta pelaksanaan teknologi AI di peringkat nasional.

DSC06293 scaled

Inisiatif utama yang dilancarkan merangkumi:

  • Pelan Tindakan AI Kebangsaan 2026-2030: Menggariskan 14 inisiatif sektor serta 14 inisiatif sokongan merangkumi lima pemangkin asas termasuk: 

  • Modal Insan Berdaya Saing Global
  • Inovasi Dipacu Pasaran
  • Infrastruktur Data dan Pengkomputeran
  • Tadbir Urus Bertanggungjawab
  • Pembiayaan dan Pelaburan Mampan

Artikel berkaitan: Pelancaran Laporan Utama GovTech, Kementerian Digital Pacu Transformasi Sektor Awam Bersama World Bank

Artikel berkaitan: Anwar Lancar Malaysia Digital 2030, Fokus Jadikan Malaysia Pengeluar Inovasi AI

DSC06419 scaled

  • Penubuhan Institut Keselamatan AI Malaysia: Ditubuhkan bagi memperkukuh ekosistem AI yang selamat dan dipercayai menerusi penilaian keselamatan (AI Red Teaming), pembangunan bakat, serta sokongan regulatorik.

DSC06581 scaled

  • Penggubalan Rang Undang-undang (RUU) Tadbir Urus AI: Rang undang-undang berasaskan risiko kini dalam fasa konsultansi awam dan dijangka siap hujung tahun ini bagi memberi kepastian undang-undang.

Menteri Digital, YB Gobind Singh Deo menegaskan penubuhan entiti ini memastikan pembangunan AI negara dibina atas dasar keselamatan dan kepercayaan, sekali gus memposisikan Malaysia sebagai peneraju inovasi AI serantau.

Sumber: Kementerian Digital

Sumber: Kementerian DigitalSumber: Kementerian DigitalSumber: Kementerian Digital

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved