Kerajaan Sabah terus kerjasama dengan Esscom, kata Hajiji

25 Jul 2024 • 11:28 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Sabah Publishing House Sdn Bhd

Kota Kinabalu: Kerajaan Negeri akan terus memberikan sokongan penuh dan kerjasama padu kepada Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) dan semua pasukan keselamatan dalam mengekang ancaman pencerobohan anasir asing dan militan, anasir keganasan, kebanjiran pendatang tanpa izin dan jenayah rentas sempadan khususnya di Zon Selamat Sabah Timur (Esszone).

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata Kementerian Dalam Negeri amnya dan Esscom khasnya terus giat mengadakan operasi-operasi bagi menjaga keselamatan dan kedaulatan negara daripada dibolosi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan menganggu gugat ketenteraman negeri Sabah.

"Sejajar dengan pemerkasaan hala tuju Sabah Maju Jaya, saya amat menyokong inisiatif-inisiatif penambahbaikan infrastruktur, aset, sumber manusia dan keperluan agensi keselamatan, penguatkuasaan dan pertahanan bagi memastikan tahap kebolehoperasian dan kesiapsiagaan berada pada tahap tertinggi", katanya pada mesyuarat pertama Jawatankuasa Bersama Esszone di Menara Kinabalu, di sini, pada Khamis.

Hajiji dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, mempengerusikan bersama mesyuarat itu.

SPONSORED CONTENT Shell awards Sabah LiveWIRE winners Kota Kinabalu: Shell has awarded five enterprises as the state winners of Shell LiveWIRE Malaysia 2024, following the Sabah state finals held at Plaza Shell in Kota Kinabalu. . Read more * Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.