
Kota Kinabalu: Kerajaan Negeri memberi keutamaan kepada aspek pendidikan untuk melahirkan modal insan yang lebih berdaya saing, berkemahiran dan berkualiti tinggi, kata Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor.
Katanya, ia seiring dengan Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ) yang menjadikan Pembangunan Modal Insan dan Kesejahteraan Rakyat sebagai teras kedua pelan berkenaan.
Beliau berkata sejajar dengan usaha Kerajaan Negeri membangunkan modal insan yang cemerlang dan berkualiti untuk memacu pembangunan negeri, maka amat tepat pelancaran Agenda Pembangunan Modal Insan Sabah-Petronas pada hari ini.
“Usaha ini membuktikan komitmen yang utuh dari Petronas untuk menyumbang semula kepada negeri ini secara holistik, menyeluruh dari segi pembangunan keupayaan. Sabah, melalui agensi-agensi dan syarikat berkaitan kerajaan akan memberi sokongan penuh kepada agenda ini.
“Bagi memastikan keberkesanan dan kejayaan agenda ini, seluruh eko-sistem perlu bersatu dan bergabung tenaga demi memastikan program dijalankan seperti yang dirancang, dan kita sentiasa bersedia memberi dan menerima maklum balas untuk penambahbaikan”, katanya pada Majlis Pelancaran Agenda Pembangunan Modal Insan Sabah-Petronas di Marriot Hotel, hari ini.
Ucapan beliau disampaikan oleh Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Datuk Masidi Manjun, menurut kenyataan media.
* Read full report in tomorrow's print paper or log in or sign up for e-paper and premium online news access.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

