Kerajaan Sarawak Menang Kes Borneo Highland Resort, Netizen Pula Beri Cadangan Bina Kasino

22 Mar 2023 • 4:04 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Ramai netizen yang mencadangkan untuk menaiktaraf kawasan tersebut seperti Genting

Kerajaan Sarawak Menang Kes Borneo Highland Resort, Netizen Pula Beri Cadangan Bina Kasino. Kerajaan Sarawak kini memiliki sepenuhnya hak pembangunan Borneo Highland Resort di Padawan, kata Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Keputusan ini telah mendapat sambutan hangat daripada rakyat Sarawak yang berharap agar tanah dan harta negara dilindungi dan diurus dengan baik.

image is not available
Kerajaan Sarawak Menang Kes Borneo Highland Resort, Netizen Pula Beri Cadangan Bina Kasino. Gambar sekadar hiasan

Kerajaan masih dalam perbincangan untuk memberikan wajah baru kepada resort tersebut

Terletak di kawasan pergunungan, Borneo Highland Resort bakal diubah suai menjadi salah satu destinasi pelancongan utama negeri Sarawak.

Abdul Karim berkata Borneo Highlands mempunyai potensi yang besar kerana keindahan pemandangan yang menakjubkan dan lokasinya yang strategik kira-kira 45 minit dari bandar Kuching.

image is not available

Beliau juga tidak menolak kemungkinan untuk mengubah resort itu menjadi seperti Genting Highlands

Dengan lokasinya yang strategik, netizen juga memberi cadangan agar kerajaan membina sebuah kasino di Borneo Highland Resort untuk menarik pelancong dan mengembangkan industri pelancongan di Sarawak.

“Saya tidak boleh mengatakan ya atau tidak (untuk membuka kasino di Borneo Highlands) pada masa ini. Saya rasa kita akan menyerahkan kepada kerajaan negeri untuk memutuskan sama ada membenarkan kasino dibina di sana.” – Abdul Karim

image is not available

Abdul Karim juga memaklumkan bahawa walaupun belum ada sebarang perbincangan mendalam mengenai pelan induk untuk membangunkan semula Borneo Highlands Resort.

Setakat ini, beliau telah membincangkan perkara itu secara santai dengan Perdana Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

“Saya percaya beliau akan membuat zon ke kawasan tertentu dan kemudian menjemput sektor swasta untuk masuk, sambil menambah bahawa projek utama termasuk pembangunan padang golf.”

image is not available

image is not available

Lagi artikel semasa, anda boleh baca pautan di bawah: