Nak ‘Troll’ Orang Negeri Sembilan, Tapi Perkongsian Mgag Ini Jadi Perhatian Netizen Sarawak

23 Feb 2023 • 4:43 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Kali ini, Mgag pula kena troll

Nak ‘Troll’ Orang Negeri Sembilan, Tapi Perkongsian Mgag Ini Jadi Perhatian Netizen Sarawak. Page MGAG merupakan satu platform media sosial yang popular di Malaysia. Ia mempunyai hampir satu juta pengikut di Facebook dan merupakan salah satu platform media sosial yang popular di kalangan generasi muda.

Page MGAG mempunyai ciri-ciri yang unik iaitu memfokuskan pada meme, parodi, dan komik yang menghiburkan. Page ini juga terkenal dengan meme-meme berunsurkan budaya Malaysia yang menjadi tarikan kepada para pengguna media sosial.

Page MGAG juga dikenali dengan tajuk “Malaysia’s Most Popular Social Entertainment Site” kerana ia menyediakan hiburan secara percuma melalui karya-karya mereka.

image is not available
Nak ‘Troll’ Orang Negeri Sembilan, Tapi Perkongsian Mgag Ini Jadi Perhatian Netizen Sarawak. Kredit: Mgag

Hanya kerana satu posting jenaka

Namun, baru-baru ini sebuah posting yang dimuatnaik oleh pihak Mgag mendapat perhatian netizen khususnya rakyat Sarawak.

Perkongsian bertajuk ‘dimana anda tinggal dan anda jenis wanita seperti mana’ itu mendapat sekitar 1.7 ribu share di Facebook.

Asalnya, page tersebut dikatakan membuat ‘memes’ buat wanita di beberapa negeri di Malaysia.

image is not available

Namun, ‘memes’ untuk warga Negeri Sembilan pula mendapat perhatian warga maya khususnya netizen Sarawak.

Apa yang menjadi perhatian netizen Sarawak adalah pihak Mgag dikatakan ‘terlepas pandang’ meletakkan ikon terkenal di Bumi Kenyalang iaitu Dewan Undangan Negeri di Negeri Sembilan.

image is not available

Dengan spontan dan bersahaja, netizen Sarawak meninggalkan komen-komen jenaka di ruangan komen mereka.

Ini reaksi netizen

Setelah meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen beranggapan dan bergurau kemungkinan admin Mgag gagal dalam mata pelajaran Geografi.

Sejauh manakah kesahihan ini, hanya admin Mgag yang tahu huhu

image is not available

Tambah netizen, ‘kesilapan’ itu sebenarnya hanya strategi daripada pihak Mgag untuk menaikkan engagement mereka.

image is not available

image is not available

Bukan itu sahaja, warga Kuching khususnya sempat bergurau bahawa mereka baru menyedari mereka sebenarnya berasal daripada Kuching, Negeri Sembilan.

Good try, Emgek!

Baca lagi artikel menarik di sini: