Kerajaan Sarawak Rancang Wujudkan Jurusan Sains Sukan Di IPT Negeri

18 Jan 2025 • 5:58 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Ini adalah langkah untuk Sarawak dalam memajukan industri sukan tempatan

Kerajaan Sarawak Rancang Wujudkan Jurusan Sains Sukan Di IPT Negeri. Dilaporkan, Kerajaan Sarawak mengambil langkah berani dalam memajukan industri sukan dengan merancang untuk menawarkan jurusan Sains Sukan di universiti milik negeri. Langkah ini bukan sahaja bertujuan melahirkan lebih ramai bakat sukan, tetapi juga memastikan atlet tempatan mendapat pendidikan yang berkualiti.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Abang Openg, mendedahkan bahawa beberapa institusi seperti Universiti Teknologi Swinburne Kampus Sarawak (Swinburne Sarawak), Kolej Universiti i-CATS, dan Universiti Curtin sedang dipertimbangkan untuk melaksanakan program ini.

image is not available
Kerajaan Sarawak Rancang Wujudkan Jurusan Sains Sukan Di IPT Negeri

Swinburne Sarawak pilihan sesuai

Menurut beliau, Swinburne Sarawak adalah pilihan yang sesuai kerana memiliki pelajar antarabangsa yang mencerminkan percampuran budaya. “Ia bukan sahaja membuka peluang pertukaran budaya tetapi juga pertukaran pengalaman dalam sukan,” katanya.

Selain itu, perbincangan bersama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedang dijalankan untuk memupuk minat dalam sukan dari peringkat sekolah menengah melalui sekolah sukan.

image is not available

Sarawak kaya dengan bakat sukan

Abang Johari turut mengakui Sarawak kaya dengan bakat sukan. Antara nama besar yang disebut ialah ratu terjun negara, Datuk Pandelela Rinong. Beliau juga memuji potensi pasukan bola sepak dan kriket wanita negeri.

Namun, beliau menekankan keperluan fasiliti bertaraf antarabangsa untuk memupuk bakat ini. “Kita perlu melengkapkan atlet dengan tempat latihan yang setaraf antarabangsa. Sebab itulah Padang Kriket Borneo dibangunkan dengan reka bentuk standard global,” katanya.

image is not available

Padang Kriket Borneo, permulaan baru untuk sukan di Sarawak

Fasiliti baharu Padang Kriket Borneo dirasmikan sebagai satu lagi langkah ke arah memajukan sukan di negeri ini. Padang ini bukan sahaja bertaraf antarabangsa, tetapi juga akan menjadi pusat latihan bagi atlet sukan kriket tempatan.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, serta Penaung Persatuan Kriket Malaysia, Tunku Tan Sri Imran Ibni Almarhum Tuanku Jaafar, turut hadir menyokong usaha ini.

Dengan visi ini, Sarawak bersedia untuk menjadi kuasa besar dalam industri sukan, bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di peringkat antarabangsa.

Lagi berita terkini untuk anda di sini: